X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Lelaki peras ugut, tawar khidmat seks dalam talian ditahan

Polis menahan seorang penganggur bagi membantu siasatan berhubung kes peras ugut melibatkan tawaran perkhidmatan seks secara dalam talian dalam serbuan di Pontian, Johor.
A
A

BALIK PULAU - Polis menahan seorang penganggur bagi membantu siasatan berhubung kes peras ugut melibatkan tawaran perkhidmatan seks secara dalam talian dalam serbuan di Pontian, Johor pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, suspek berusia 24 tahun itu ditahan selepas laporan polis dibuat oleh seorang lelaki di sini yang menjadi mangsa peras ugut sehingga mengalami kerugian RM450 dalam kejadian pada 16 Julai lalu.

Beliau berkata, pekerja kilang berumur 20 tahun itu menjadi mangsa apabila diperas ugut semasa cuba melanggan pakej perkhidmatan seks secara dalam talian dan susulan penahanan suspek di Pontian, polis merampas sebuah telefon bimbit, sekeping kad ATM serta 28 keping kad sim.

“Susulan penahanan lelaki itu polis berjaya menyelesaikan empat kes membabitkan kejadian di Pulau Pinang serta Selangor dan siasatan mendapati suspek telah menjalankan kegiatan itu sejak 2019 dengan memperoleh keuntungan sekurang-kurangnya RM34,000, " katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Kamarul Rizal berkata, suspek yang mempunyai satu rekod jenayah serta dua rekod kesalahan narkotik direman tiga hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan, dan beliau seterusnya meminta kerjasama orang ramai yang pernah menjadi mangsa lelaki itu agar tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!