Brisbane tuan rumah Sukan Olimpik 2032

Thomas Bach mengumumkan Brisbane sebagai tuan rumah Olimpik 2032. - Foto AFP
Thomas Bach mengumumkan Brisbane sebagai tuan rumah Olimpik 2032. - Foto AFP
A
A
A

BRISBANE mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi bandar ketiga di Australia yang dipilih sebagai penganjur Sukan Olimpik, temasya sukan terbesar dunia pada 2032.

"Tuan rumah penganjuran Sukan Olimpik edisi ke-35 dianugerahkan kepada Brisbane," kata Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach selepas majlis undian di Tokyo tersebut.

Australia menjadi tuan rumah Olimpik dua kali iaitu Melbourne pada 1956 dan Sydney 2000.

Untuk rekod, Brisbane sebelum ini menjadi calon tunggal yang menawarkan diri menjadi tuan rumah 2032 selain mendapat sokongan dalam kalangan 15 ahli Lembaga Eksekutif IOC, bulan lalu.

Pemilihan Brisbane itu sekali gus menyaksikan tiga tuan rumah Sukan Olimpik telah ditetapkan oleh IOC iaitu Paris 2024 dan Los Angeles 2028.

Artikel Berkaitan: