Suntikan vaksin 'walk in' di semua PPV di Sarawak

Foto Bernama
Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 Sarawak (CITF Sarawak) membenarkan semua pusat pemberian vaksin (PPV) di negeri ini memberikan vaksin Covid-19 secara ‘walk-in’ atau jumpa terus kepada yang belum menerima janji temu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan pada Rabu berkata, mereka yang belum menerima janji temu vaksinasi dos pertama juga disarankan menghubungi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) masing-masing bermula 23 Julai sehingga 5 Ogos.

Janji temu vaksinasi boleh dibuat dengan menghubungi Bilik Gerakan JPBB di talian 082-5077 00 atau 082-5070 22 (Kuching), 082-6738 33 (Samarahan), 082-8724 72 (Serian), 083-3200 84 (Sri Aman), 083-4728 66 (Betong), 084-6543 96 (Sarikei), 084-3179 34/ 084-3156 53/ 084-3225 81 (Sibu), 013-6689 968 (Kapit), 084-8720 88 (Mukah), 086-3317 42 (Bintulu), 085-3227 37 (Miri) dan 085-2117 44 (Limbang).

Hari ini Sarawak merekodkan 261 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif meningkat kepada 72,213 kes dan satu kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 450 orang.

Tiga kluster baharu turut diisytiharkan iaitu Kluster Jalan Demak Laut di daerah Kuching yang melibatkan 29 kes positif, Kluster Balai Ringin Melayu di Serian (48 kes positif) dan Kluster Sungai Sebatu di Meradong (99 kes positif). -Bernama

Artikel Berkaitan: