X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 19 Mei 2022

PKPD: Empat lokaliti libatkan Sabah, Pahang

Empat lokaliti melibatkan negeri Sabah dan Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 23 Julai hingga 5 Ogos ini.
A
A

SHAH ALAM - Empat lokaliti melibatkan negeri Sabah dan Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 23 Julai hingga 5 Ogos ini.

Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lokaliti terbabit ialah Taman Merpati, Sandakan, Sabah; Felda Jengka 12, Jerantut; Kampung Belangkap, Rompin dan Kampung Orang Asli Ruai, Batu Talam, Raub, Pahang.

“Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan setelah mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19, kerajaan bersetuju untuk mengenakan PKPD di lokaliti ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, kerajaan juga bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Kampung Istimewa, Batu Sapi, Sandakan dan Kondominium One Borneo, Kota Kinabalu, Sabah berkuatkuasa 23 Julai sehingga 5 Ogos.

Sementara itu, beliau menjelaskan, PKPD di seluruh daerah Seremban, Negeri Sembilan ditamatkan pada 22 Julai 2021 seperti yang dijadualkan.

Tambahnya, turut ditamatkan PKPD, Kuarters Pekerja MalaysiaChina Industrial Park (MCKIP), Gebeng, Kuantan, Pahang; Taman Kurnia Jaya dan Taman Pinggiran Golf, Kota Bharu, Kelantan serta Kampung Sungai Imam, Tawau, Sabah.

“Kampung Lembising dan Kampung Dumpil Keramat, Putatan; Kampung Balibata, Beaufort serta Kampung Pintasan, Kota Belud, Sabah juga ditamatkan,” ujarnya.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, 25 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Ujarnya, ia hasil daripada pemeriksaan ke atas 1,556 buah kilang, 11,369 premis perniagaan, 416 tapak pembinaan dan 145 buah asrama penempatan pekerja.

“Semalam Pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melaksanakan 68,921 pemeriksaan dan snap check Covid-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 18,351 orang.,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!