X

Kindly register in order to view this article
!

Jill Biden bakal ketuai delegasi AS ke Olimpik Tokyo

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mendedahkan isterinya Jill Biden bakal mengetuai delegasi presiden ke temasya Sukan Olimpik Tokyo.
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mendedahkan isterinya Jill Biden bakal mengetuai delegasi presiden ke temasya Sukan Olimpik Tokyo, lapor Sputnik, memetik kenyataan media Rumah Putih.

"Presiden hari ini mengumumkan Delegasi Presiden akan ke Jepun bagi menghadiri upacara pembukaan dan acara Sukan Olimpik Musim Panas Tokyo 2020 yang bermula Jumaat, 23 Julai 2021.

"Wanita Pertama AS Jill Biden akan ketuai delegasi," menurut kenyataan itu pada Selasa.

Kuasa usaha sementara Kedutaan AS di Tokyo, Raymond Greene, turut menyertai delegasi itu pada upacara pembukaan nanti.

Kuasa usaha interim Kedutaan AS di Tokyo, Raymond Greene, bakal menyertai Jill Biden pada upacara pembukaan.

Sejak 1 Julai, jawatankuasa penganjur telah merekodkan lebih 70 kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan atlet, anggota perwakilan asing dan ahli jawatankuasa. Lebih 30 kes melibatkan warga asing.

Temasya Olimpik Tokyo 2020 ditunda akibat pandemik dan kejohanan itu kemudian dijadualkan semula pada 23 Julai hingga 8 Ogos. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!