X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

[VIDEO] 3 anggota, seorang pegawai ditahan 'berpesta' dalam balai polis

A
A

KUALA LUMPUR - Tiga anggota dan seorang pegawai polis berpangkat Sub-Inspektor ditahan semasa berhibur di dalam bilik sebuah balai polis di daerah Kajang bersama empat wanita awam berusia 21 hingga 37 tahun pada petang Selasa.

Dalam serbuan sekitar jam 6 petang itu, anggota dan pegawai berkenaan dikatakan sedang leka berhibur sambil menikmati minuman keras dan air ketum.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu mengesahkan kejadian tersebut.

“JIPS buat serbuan atas makluman (orang awam) yang kita dapat berkenaan berlakunya pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) iaitu dengan berhibur di balai polis.

“Orang berhibur di pusat hiburan pun tidak dibenarkan, apatah lagi polis di dalam balai,” katanya.

Tegasnya, JIPS tidak akan berkompromi terhadap salah laku anggota dan serbuan tersebut dibuat untuk memelihara integriti pegawai dan anggota polis serta untuk memastikan tiada kegiatan tidak bermoral berlaku di dalam balai.

Sehubungan itu, kes tersebut akan disiasat dengan telus dan tindakan tatatertib akan diambil ke atas pegawai dan anggota yang terlibat jika terbukti bersalah.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!