Upah nikah Perak naik

Asmuni. Gambar kanan: Surat pemberitahuan kadar baharu upah nikah di Perak yang naik bermula 1 Mac 2019 yang tular
Asmuni. Gambar kanan: Surat pemberitahuan kadar baharu upah nikah di Perak yang naik bermula 1 Mac 2019 yang tular
A
A
A

IPOH - Kadar bayaran upah nikah di Perak meningkat daripada RM100 kepada RM200 berkuat kuasa 1 Mac 2019.

Perkara itu disahkan oleh Exco Agama, Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Perak, Asmuni Awi yang memaklumkan mesej tular mengenai kadar baharu itu sudah diputuskan kerajaan negeri.

Menurutnya, keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri yang bersidang pada 23 Januari lalu.

Berdasarkan surat Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) bertarikh 25 Februari 2019 yang tular dalam media sosial berhubung perkara terbabit, kadar bayaran tersebut membabitkan upah jurunikah sebanyak RM140 dan dua orang saksi masing-masing RM30.

Surat tersebut dikeluarkan sebagai pemakluman kepada semua Penolong Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Ruju' Islam di semua daerah di negeri ini.

Bagaimanapun tidak dijelaskan dalam surat terbabit rasional kenaikan upah nikah tersebut.

Kadar upah nikah di Perak sebelum ini RM100 melibatkan bayaran kepada jurunikah RM80 dan dua orang saksi masing-masing RM10.

Artikel Berkaitan: