19,670 pekerja industri di Negeri Sembilan disuntik

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

SEREMBAN - Seramai 19,670 pekerja industri di Negeri Sembilan sudah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19, di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Program Imunisasi Industri Covid-19 Awam-Swasta (Pikas) sehingga Isnin d’Tempat Country Club, Sendayan

Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata setakat ini, sebanyak 130 syarikat membabitkan 34,829 pekerja di negeri ini telah berdaftar bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di bawah program PPV Pikas.

Beliau juga yakin pertambahan pendaftaran membabitkan pekerja industri dan dapat mencapai komuniti berkelompok.

"Pengurusan sektor perindustrian digalakkan mempercepatkan proses vaksinasi dengan mendaftarkan syarikat dan pekerja mereka di bawah PPV PIKAS menerusi laman sesawang https://pikas.miti.gov.my.

"Saya dimaklumkan bahawa MITI akan melakukan penstrukturan semula nilai sebenar keperluan jumlah dos vaksin bersama CITF (Covid 19 Immunisation Task) dan MOSTi (Kementerian Sains, Teknologi Dan Alam Sekitar) di bawah Program PPV Pikas di Negeri Sembilan.

"Disebabkan itu, PPV Pikas d’Tempat Country Club, Sendayan terpaksa ditutup sementara waktu dan akan kembali beroperasi pada minggu hadapan, selepas CITF memutuskan jumlah vaksin yang diperlukan untuk PPV Pikas ini," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Sementara itu, Mohammad Rafie memberitahu, PPV Pikas kedua di D’Cattleya Senawang di sini, dijangka bermula pada 2 Ogos depan.

“Usaha ini bertujuan mempercepat proses vaksinasi bagi sektor perindustrian dan menyegerakan pencapaian imuniti kelompok di negeri ini," katanya

Artikel Berkaitan: