[VIDEO] Elak sebar fitnah sensasikan isu Ebit Lew, Caprice: PDRM

Abd Jalil, Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat kenyataan berunsur fitnah untuk mensensasikan isu yang tular di media sosial antara Ebit Lew dan Caprice.
Abd Jalil, Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat kenyataan berunsur fitnah untuk mensensasikan isu yang tular di media sosial antara Ebit Lew dan Caprice.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat kenyataan berunsur fitnah untuk mensensasikan isu yang tular di media sosial antara pendakwah terkenal Ebit Lew dan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, walaupun tiada laporan diterima, pihaknya mengambil maklum isu tersebut, justeru beliau memberi amaran kepada sesiapa yang menyebarkan maklumat palsu akan dikenakan tindakan undang-undang.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati orang ramai agar tidak mensensasikan isu ini dan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil jika didapati wujud pelanggaran undang-undang.

“Menyebar atau membuat kenyataan yang berbaur fitnah atau mengaibkan seseorang merupakan satu kesalahan dan boleh disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pada masa sama, kesalahan tersebut turut boleh disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atas kesalahan sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan yang boleh mendatangkan khianat.

Selain itu, katanya, pesalah turut boleh disiasat di bawah Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 di atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan serta perkhidmatan rangkaian.

ARTIKEL BERKAITAN: Ebit Lew, Caprice trending di Twitter

Artikel Berkaitan: