X

Kindly register in order to view this article
!

Sambal Che'Nor tembusi pasaran dunia

Rangkaian produk baharu Sambal Che' Nor.
A
A

SHAH ALAM - Menjadi antara pelopor jualan produk sambal segera membuatkan produk Sambal Che’Nor keluaran syarikat Che Nor Food Solution Sdn Bhd terus gah di pasaran, bukan hanya sekadar pasaran tempatan, bahkan menembusi pasaran antarabangsa.

Berkongsi kisah kejayaan produknya, pengasas Sambal Che’Nor, Noraida Aznita Azizan, 35, berkata, dia bersyukur kerana sejak dipasarkan tujuh tahun lalu, Sambal Che’Nor terus mendapat tempat di hati pelanggan membuatkan hasil jualan begitu memberangsangkan.

Noraida
Noraida

Menurutnya, Sambal Che’Nor bermula dari dapur restoran pada tahun 2015, namun kini telah berkembang kepada kilang berkeluasan 0.4 hektar bagi menampung permintaan yang tinggi daripada pelanggan.

“Produk keluaran syarikat hanya bermula dengan satu produk sahaja iaitu Sambal Garing Ikan Bilis Che’Nor, resepi turun temurun daripada ibu saya. Sebelum dikomersialkan, sambal inilah yang menjadi bekal saya ketika sekolah asrama dahulu.

“Saya mula membuat jualan sambal ini dengan meletakkannya di restoran saya, kemudiannya mula mendapat permintaan ramai. Jadi dalam tahun yang sama saya terus buat keputusan untuk beroperasi dari kilang.

“Bermula daripada situ, peningkatan jualan berlaku secara mendadak apabila tahun pertama mencatatkan hasil jualan sebanyak RM1.5 juta, kemudian meningkat kepada RM2.7 juta pada tahun kedua dan RM6.6 juta pada tahun ketiga, pendapatan hanya dengan satu produk sahaja ketika itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Jelas Noraida, kelebihan produk adalah dari segi teknik masakan Sambal Garing Ikan Bilis Che’Nor membuatkan produk itu tahan lebih lama walaupun tanpa bahan pengawet.

“Bermula tahun ini, bagi produk makanan, kami keluarkan produk sambal basah dalam bentuk siri iaitu Siri Garuda untuk resipi Indonesia dan Siri Malaya untuk resipi Malaysia, sambal penyet, dan sambal ikan masin bagi menambahkan jualan,” katanya.

Kini, menurut anak jati Jitra, Kedah ini, produk Sambal Che’Nor telah berada di pasaran seluruh negara, dan dieksport ke Singapura, Brunei, Laos, Myanmar, termasuk beberapa negara di Eropah.

Lahirkan usahawan

Ketika negara berdepan pandemik Covid-19 dan berdepan situasi sukar kini, strategi jualan bukan semata-mata melibatkan syarikat secara langsung, tetapi paling utama adalah membantu usahawan yang dilahirkan bawah syarikat iaitu ‘Chenorpreneur’ untuk turut sama berkembang.

Noraida berkata, pihaknya kini mempunyai 200 stokis dan 3,000 ejen berdaftar yang bersama dalam menggerakkan jualan produk.

“Model perniagaan kami adalah mahu melantik lebih ramai usahawan yang dipanggil ‘Chenorpreneur’. Kami akan membimbing mereka untuk menjadi pengedar bermula dengan memasarkan produk di kedai runcit, sehingga ke pasar raya.

Sebahagian barisan Chenorpreneur yang menggerakkan jualan Sambal Che Nor di pasaran.
Sebahagian barisan Chenorpreneur yang menggerakkan jualan Sambal Che Nor di pasaran.

Dalam masa sama, Noraida berkata, pihaknya kini juga bekerjasama dengan EcoShop untuk pembungkusan kecil produk sambal garing yang dijual dengan harga RM2.10 dan akan diedarkan ke semua rangkaian EcoShop seluruh Malaysia.

Tidak hanya terikat dengan produk makanan, Che Nor Food Solution Sdn Bhd melangkah setapak lagi dengan mempertaruhkan produk minuman iaitu serbuk kopi asli yang diimport dari Aceh, Indonesia.

Noraida berkata, kopi yang ditanam di Gunung Gayo itu telah mendapat pengiktirafan ‘Single Origin’ dan mempunyai rasa premium namun mampu milik.

“Kami namakan sebagai Kopi Original dengan dua perisa iaitu Kopi Gayo (100 peratus Arabica) dan Kopi Arabica Robusta. Berbeza dengan jualan sambal, untuk produk kopi kita telah mempunyai pengedar besar untuk mengembangkan pasaran.

“Namun kami masih mengekalkan model perniagaan yang sama di mana kita membuka peluang untuk orang ramai menjadi usahawan dengan menyasarkan lebih ramai usahawan lelaki untuk jualan produk minuman ini,” katanya.

Ditanya mengenai perancangan jangka masa panjang syarikatnya, Noraida berkata, pihaknya merancang mengeluarkan sekurang-kurangnya 10 lagi produk untuk memberi peluang lebih ramai usahawan terlibat berdasarkan potensi pasaran masing-masing.

“Kita akan keluarkan produk seperti pes makanan, dan juga mee segera. Alhamdulillah kami sudah ada beberapa pengedar yang berpotensi membawa produk ke rangkaian lebih besar di samping bekerjasama rapat untuk membawa ke pasaran luar negara,”katanya.

INFO: https://www.sambalchenor.com.my/

Fb: Sambal Garing Che’Nor Official

IG: sambalgaringchenor.offcial

Nombor Hotline: 01151338686

PRODUK KELUARAN CHE’NOR:

- Sambal garing ikan bilis

-Sambal garing daging

-Sambal garing ayam

-Sambal Cheese

- Sambal peanut

-Sambal tempe

-Sambal udang

-Sambal kicap

- Sambal ikan masin

- Sambal penyet

- Serunding daging

- Serunding ayam

-Kopi Gayo (100%

Arabica)

-Kopi Arabica Robusta

Che Nor Food Solution Sdn Bhd juga mengeluarkan Kopi Origial yang mempunyai dua perisa iaitu Kopi Gayo dan Kopi Arabica Robusta.
Che Nor Food Solution Sdn Bhd juga mengeluarkan Kopi Origial yang mempunyai dua perisa iaitu Kopi Gayo dan Kopi Arabica Robusta.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!