Jemaah haji sedia menuju ke Mina

Persediaan akhir logistik sedang giat dilakukan di khemah penempatan di Mina untuk menerima ketibaan para jemaah haji. - Foto: Agensi
Persediaan akhir logistik sedang giat dilakukan di khemah penempatan di Mina untuk menerima ketibaan para jemaah haji. - Foto: Agensi
A
A
A

MAKKAH - Presidensi Umum untuk Hal Ehwal Dua Masjid Suci masih menerima ketibaan para jemaah hari pada Ahad sehari selepas kumpulan pertama jemaah selesai melaksanakan tawaf al-Qudum (tawaf selamat datang) di samping mematuhi peraturan kesihatan yang dilaksanakan di bawah protokol ketat haji musim Covid-19 untuk tahun kedua.

Para jemaah haji bergerak ke Mina dengan menaiki bas khas bermula Ahad. - Foto: Agensi
Para jemaah haji bergerak ke Mina dengan menaiki bas khas bermula Ahad. - Foto: Agensi

Jemaah haji yang tiba di kota suci Makkah berkumpul di empat lokasi ditetapkan di al-Taneem, al-Shara’i, pusat pemeriksaan Kor dan zon keselamatan al-Shumaisi sebelum menjalani pemeriksaan kesihatan serta dibawa menaiki bas khas ke Masjidil Haram.

Botol air zam-zam diedarkan kepada para jemaah. - Foto: Agensi
Botol air zam-zam diedarkan kepada para jemaah. - Foto: Agensi



Kumpulan pertama jemaah haji dari Jeddah dan Madinah tiba di Makkah dengan menaiki kereta api laju Haramain. - Foto: Agensi
Kumpulan pertama jemaah haji dari Jeddah dan Madinah tiba di Makkah dengan menaiki kereta api laju Haramain. - Foto: Agensi

Seramai 60,000 jemaah warga tempatan dan ekspatriat daripada 150 negara menunaikan Rukun Islam Kelima itu dengan mematuhi peraturan kesihatan yang ketat dan akan turut diawasi kira-kira 25,000 pegawai dan kakitangan.

Kebanyakan jemaah juga dilihat membawa payung untuk melindungi diri mereka daripada cuaca panas terik berikutan suhu di kota suci kini mencecah 41 darjah Celsius.

Pada Ahad, jemaah haji juga akan mula menuju ke Mina pada Hari Tarwiyah dan lebih 200 bas disediakan untuk perjalanan sejauh kira-kira 10 kilometer itu.

Artikel Berkaitan:

Lebih 200 bas disediakan untuk membawa jemaah haji menuju ke Mina. Foto Agensi
Lebih 200 bas disediakan untuk membawa jemaah haji menuju ke Mina. Foto Agensi

Difahamkan, bas itu boleh membawa secara purata 2,000 jemaah haji untuk tempoh setiap tiga jam.

Bagi memudahkan para jemaah, mereka turut dibahagikan mengikut kod warna.

Para jemaah dibahagikan mengikut kod warna yang mengasingkan setiap kumpulan bagi memudahkan mereka menjalani ibadah. - Foto Agensi
Para jemaah dibahagikan mengikut kod warna yang mengasingkan setiap kumpulan bagi memudahkan mereka menjalani ibadah. - Foto Agensi

Pada Isnin, jemaah akan bergerak ke Arafah untuk menjalani wukuf yang merupakan kemuncak ibadah haji.

Untuk memastikan kelancaran urusan jemaah haji, persediaan akhir logistik dan jagaan kesihatan juga sedang giat dilakukan di khemah penempatan mereka di Mina.

Kamera termal ditempatkan di pintu masuk Masjidil Haram untuk mengimbas suhu tubuh jemaah haji. - Foto Agensi
Kamera termal ditempatkan di pintu masuk Masjidil Haram untuk mengimbas suhu tubuh jemaah haji. - Foto Agensi

Pada tahun ini, Kementerian Haji dan Umrah turut memperkenalkan kad pintar kepada para jemaah haji bertujuan untuk mengehadkan segala urusan mereka dengan kontak manusia. - Agensi