'Jangan guna alasan palsu sambut Aidiladha'

Gambar hiasan
Gambar kecil: Mohd Roze Shaari
Gambar hiasan Gambar kecil: Mohd Roze Shaari
A
A
A

ALOR SETAR - Polis Kedah mengingatkan orang ramai supaya tidak menggunakan alasan palsu untuk merentas daerah atau negeri dan pulang kampung bagi meraikan Hari Raya Aidiladha pada Selasa

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Mohd Roze Shaari berkata, ia berikutan berlaku peningkatan dalam pemohonan rentas negeri dan daerah yang dipohon dalam tempoh terdekat ini.

Menurutnya, ramai pemohon menggunakan pelbagai alasan untuk merentas negeri dan daerah termasuk berhasrat menyambut Aidiladha bersama ibu bapa.

"Pihak polis akan membuat pemantauan ke atas mereka yang mengambil kesempatan atas kebenaran pergerakan yang dikeluarkan. Tindakan tegas akan diambil termasuk mengenakan kompaun," katanya.

Tambah Mohd Roze, pihaknya sekali lagi mengingatkan penduduk di Kedah bahawa larangan aktiviti merentas negeri atau daerah dalam tempoh Fasa Satu Pelan Pemulihan Nasional masih berkuatkuasa.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai yang mengetahui berlaku sebarang aktiviti rentas negeri atau daerah untuk menyambut Aidiladha di kampung halaman atau melancong untuk memaklumkan kepada Bilik Kawalan Covid-19 Kontinjen Kedah di talian 04-7741275 atau bilik kawalan daerah berdekatan.

Artikel Berkaitan: