Bangkai penyu ditemui dalam keadaan usus terkeluar

Bangkai penyu yang mulai reput ditemui penduduk berhampiran Pantai Kuala Abang, Dungun pada Sabtu.
Bangkai penyu yang mulai reput ditemui penduduk berhampiran Pantai Kuala Abang, Dungun pada Sabtu.
A
A
A

DUNGUN - Bangkai seekor penyu dengan anggota badan membengkak dan usus terkeluar di bahagian belakang badan ditemui penduduk di Pantai Kuala Abang di sini pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu, Ruzaidi Mamat berkata, penyu dianggarkan berusia 20 hingga 30 tahun itu dipercayai mati sejak seminggu lalu.

Beliau berkata, penduduk kampung yang kebetulan melalui kawasan tersebut sekitar jam 9 pagi terserempak dengan bangkai haiwan berkenaan sebelum melaporkan kepada pihak jabatan.

"Penyu itu dipercayai mati kerana lemas akibat tersangkut pada pukat. Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan akibat khianat seperti kesan jerutan tali atau kesan hentakan ditemukan di kepala penyu tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, penemuan bangkai penyu tersebut menjadikan sebanyak 24 kes kematian penyu dilaporkan berlaku tahun ini.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk melaporkan kepada Pejabat Daerah Perikanan terdekat atau menghubungi talian 03-88885019.

"Orang ramai boleh menghubungi nombor tertera sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan penyu sama ada ditemui dalam keadaan hidup atau mati," katanya.

Artikel Berkaitan: