Rugi lebih RM126,000 angkara tuntutan palsu

Gambar kecil: Mohd Wazir
Gambar kecil: Mohd Wazir
A
A
A

KUANTAN - Sebuah syarikat di sini berdepan kerugian RM126,359.28 selepas mendakwa seorang kakitangannya yang mengendalikan sebuah kedai telah membuat tuntutan palsu bermula November lalu.

Perbuatan itu terbongkar setelah juruaudit syarikat terbabit membuat semakan penyata kewangan syarikat dan mendakwa terdapat unsur penyelewengan wang yang dilakukan oleh suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, berdasarkan laporan yang diterima, suspek membuat perbelanjaan palsu dengan mendakwa telah membuat pembelian cat, sewaan konopi, melakukan kerja pendawaian dan mengorek longkang antara November 2020 sehingga Mac lalu.

Menurut beliau, suspek mendakwa perbelanjaan untuk semua kerja-kerja penyelenggaraan kedai terbabit dianggarkan berjumlah RM46,268.

"Seterusnya suspek didakwa melakukan penyelewengan wang bagi pembayaran untuk pembekal dengan cara mengambil wang tunai di dalam peti besi dan membuat rekod palsu di dalam Rekod Aliran Wang (RAW) milik syarikat serta tidak membuat sebarang pembayaran kepada pembekal.

"Tuntutan yang dilakukan oleh suspek pada April dan Mei lalu menyebabkan syarikat berkenaan kerugian berjumlah keseluruhan sebanyak RM69,719.10," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Mohd Wazir berkata, selain itu, suspek turut didakwa membuat perjalanan yang berjumlah RM10,372.18 pada Mac, April dan Mei tahun lalu.

"Susulan itu, syarikat terbabit mengalami kerugian RM126,359.28 hasil penyelewengan dan tuntutan palsu yang didakwa dilakukan suspek.

Artikel Berkaitan:

"Laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan pada Jumaat," katanya.