Bakul untuk rakyat

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membantu sukarelawan menguruskan bakul makanan untuk penghantaran kepada golongan sasaran. - Foto Bernama
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membantu sukarelawan menguruskan bakul makanan untuk penghantaran kepada golongan sasaran. - Foto Bernama
A
A
A

AWANG nak ucapkan syabas pada Tan Sri Perdana Menteri yang cadang dan laksanakan rancangan 'Bakul Prihatin Negara'.

Khabarnya 1.6 juta rakyat akan dapat manfaat. Sebanyak 420,000 bakul akan diedarkan kepada mereka dalam kategori B40 atau M40. Malah mereka dalam T20 yang kesusahan juga akan dibantu.

Menurut khabarnya setiap bakul berisi beras, garam, gula, minyak masak, sadin, kicap, bihun, tepung gandum dan lain-lain. Walaupun nilainya RM50 sebakul tapi oleh sebab harga subsidi, nilainya lebih tinggi daripada itu.

Bagus sangat langkah itu oleh sebab rakyat sedang menderita. Kata Tan Sri Perdana Menteri, 'tidak ada yang tertinggal' dalam inisiatif itu.

Macam Tan Sri Perdana Menteri kata, Covid-19 tidak kenal sesiapa, mereka yang dulu agak mewah pun terjejas.

Awang cuma nak ingatkan Tan Sri Perdana Menteri, bantuan bakul itu janganlah sekadar one-off atau sekali beri.

Berapa lamakah barangan dalam bakul itu boleh bertahan bagi mereka yang ada anak ramai?

Tentu Tan Sri Perdana Menteri dengar kisah rakyat makan sekali tiga hari atau yang makan telur sahaja sebagai lauk.

Artikel Berkaitan:

Tak usahlah Tan Sri Perdana Menteri risau kalau rakyat naikkan bendera putih.

Bakul bantuan pun bakul juga, tapi berapa lama rakyat nak bergantung pada bakul? Biarlah orang ramai membantu sesama sendiri.

Awang percaya mereka berniat baik dengan ambil sikap 'kita tolong kita' dan bukan nak sindir kerajaan. Lagipun kita tahu bantuan rakyat lebih cepat datangnya daripada bantuan kerajaan.