KPDNHEP siasat harga telur naik

KPDNHEP sedang menyiasat dan memantau kenaikan harga telur di pasaran sejak beberapa hari lalu. - Gambar hiasan
KPDNHEP sedang menyiasat dan memantau kenaikan harga telur di pasaran sejak beberapa hari lalu. - Gambar hiasan
A
A
A

TEMERLOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang menyiasat dan memantau kenaikan harga telur di pasaran sejak beberapa hari lalu menjelang sambutan Aidiladha.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, beliau menerima banyak mesej mengenai kenaikan harga telur di pasaran.

"Kenaikan ini dikatakan kerana banyak ladang tidak beroperasi dan kami pantau situasi tersebut.

"Kami lakukan siasatan menerusi Akta Pencatutan. Kalau naik kerana mencatut atau mengambil keuntungan berlebihan, tindakan akan diambil," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Pasar Raya TMG Mall, Temerloh pada Jumaat.

Hadir sama, Timbalan Pengarah (Pencegahan) Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP, Aris Mamat dan Pengurus TMG Temerloh, Law Kok Loon.

Rosol juga memberitahu, barangan keperluan mencukupi sempena Aidiladha kecuali tepung gandum bersubsidi yang berkurangan di pasaran.

Sementara itu, Kok Loon memberitahu, premis tersebut terpaksa menaikkan harga telur sebanyak 50 sen sepapan setiap gred bermula tiga hari lalu selepas kenaikan harga daripada pihak ladang.

Artikel Berkaitan: