X

Kindly register in order to view this article
!

Penghantar makanan solidariti kumpul wang bantu orang susah

Lip Eng (kanan) bergambar bersama Chris selepas penyerahan sumbangan itu. - Foto ihsan Facebook Lim Lip Eng
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 90 orang penghantar makanan bersolidariti mengumpulkan wang bagi memberi sumbangan barangan makanan untuk diagihkan kepada individu memerlukan menerusi 'food bank' DAP Kepong.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, pihaknya amat terharu dengan inisiatif diambil oleh penghantar makanan terlibat yang memberikan sumbangan 15 kotak makanan tin untuk diagihkan.

Lip Eng berkata, pada awalnya, beliau menyangka penghantar makanan itu mahu memohon bantuan sumbangan barangan keperluan menerusi program food bank dilaksanakan oleh pihaknya.

"Alangkah terkejutnya saya apabila diberitahu dia mahu membuat sumbangan.

"Abang 'rider' atau lebih dikenali sebagai Chris ini memaklumkan bahawa lebih kurang 90 penghantar makanan mengumpul wang bagi membeli barangan itu," katanya menerusi kemaskini di laman Facebook, pada Jumaat.

Menceritakan lebih lanjut, Lip Eng berkata, Chris juga memaklumkan kepadanya bahawa mereka mengumpul wang sekitar RM1,000 untuk disumbangkan kepada sebuah kafe yang menyediakan makanan untuk golongan memerlukan.

Katanya, tindakan penghantar makanan itu adalah sangat mulia disaat ramai pihak sedang bergelut dan memerlukan bantuan.

"Sewaktu kami berbual, dia juga tidak henti-henti memberitahu saya sekiranya saya perlukan bantuan, saya hanya perlu hubungi dia," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!