Ku Nan bebas kes rasuah RM2 juta

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
A
A
A

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atau Ku Nan dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Rayuan di sini pada Jumaat atas tuduhan menerima rasuah RM2 juta berhubung tugas rasminya, lima tahun lalu.

Ini menjadikan beliau terlepas daripada menerima hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta atas pertuduhan yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tahun lalu.

Keputusan dibuat menerusi majoriti 2-1 itu disampaikan oleh Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Suraya Othman yang mengetuai tiga panel selepas membenarkan permohonan Ku Nan untuk mengenetepikan hukuman yang disabitkan ke atasnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini.

Beliau bersidang bersama ialah Hakim Datuk Abu Bakar Jais dan Hakim Ahmad Nasfy Yasin.

Pada 21 Disember 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta selepas Ku Nan didapati bersalah atas pertuduhan menerima rasuah RM2 juta berhubung tugas rasminya lima tahun lalu.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Artikel Berkaitan: