X

Kindly register in order to view this article
!

20,000 usahawan Perak tercicir menerima bantuan

Zainol Fadzi Paharudin
A
A

IPOH - Kerajaan negeri Perak mengenal pasti seramai 20,000 usahawan di negeri ini yang tercicir daripada menerima sebarang bantuan disediakan kerajaan disebabkan tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, pihaknya mengesan perkara itu selepas mendapati ramai usahawan di negeri ini tidak boleh memohon bantuan tersebut kerana tidak memenuhi syarat ditetapkan.

Berikutan itu, katanya, kerajaan merangka pelbagai inisiatif bagi membantu golongan usahawan di negeri ini bagi memperoleh bantuan disediakan kerajaan.

"Sebab itu pada peringkat awal, saya telah memanggil SSM untuk mengadakan satu program memberi peluang pendaftaran secara dalam talian dengan 90 peratus diskaun bagi setiap pendaftaran syarikat.

"Inisiatif ini penting supaya mereka tidak terlepas dan tercicir disebabkan tidak memenuhi syarat apabila kerajaan mengumumkan bantuan-bantuan," katanya kepada pemberita selepas meninjau Program Street Kitchen di Masjid Al-Ittihariah, Kampung Tengku Hussein, Manjoi di sini pada Khamis

Program tersebut dianjurkan Restoran D'Legasi dan Warisan bersama NGO Padu Perak dan Sahabat Perak.

Zainol Fadzi berkata, sehingga kini terdapat seramai 136,000 peniaga serta usahawan yang berdaftar dan aktif daripada 300,000 syarikat berdaftar.

Beliau berkata, kerajaan negeri amat menggalakkan usahawan merebut segala bentuk tawaran disediakan Kementerian Kewangan agar geran khas yang diberikan tidak disia-siakan.

Menurutnya, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 pada tahun lalu, ramai usahawan yang tercicir dan tidak menyedari terdapat geran khas kerajaan tersebut.

Bagaimanapun, katanya, selepas itu ramai yang mengemukakan permohonan tersebut bagi memastikan perniagaan dapat diteruskan dan mengurangkan beban ditanggung.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!