Henti guna Sinovac di Kelantan kerana keluaran Pfizer banyak

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. -Foto Bernama
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Pemberhentian penggunaan vaksin SinoVac di Kelantan dibuat adalah susulan perolehan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech yang banyak.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 45.7 juta dos Pfizer telah dibuat bagi kegunaan 22.2 juta penduduk negara ini.

"Jadi di Kelantan, kita hentikan penggunaan SinoVac dan mempertingkatkan penggunaan Comirnaty," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai keputusan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) yang menghentikan

pengagihan vaksin SinoVac dan digantikan dengan Comirnaty pada akhir bulan ini.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, negeri-negeri lain akan turut diagihkan dengan vaksin Pfizer.

"Sebelum ini kita menggunakan SinoVac di negeri-negeri lain dan baki daripada 16 juta dos akan digunakan untuk dos kedua," katanya.