KKM bangunkan CAC secara maya urus pesakit Covid-19 tahap satu, dua

Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Malawati Shah Alam. -Foto Bernama
Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Malawati Shah Alam. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membangunkan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) secara maya bagi menguruskan pesakit Covid-19 yang tidak bergejala dan bergejala ringan.

Pengarah Bersama Pasukan Pengurusan Projek Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF), Datuk Dr Chong Chee Keong berkata, pemantauan kes-kes tersebut akan dilakukan secara maya tanpa perlu untuk hadir secara fizikal, seterusnya dapat mengurangkan kesesakan di CAC sedia ada.

Beliau berkata, CAC secara maya itu akan menggunakan aplikasi MySejahtera untuk pemantauan lanjut pesakit sepanjang kuarantin di rumah.

"Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) digital akan diberikan melalui aplikasi MySejahtera atau lain-lain aplikasi dan ia adalah sah dari segi undang-undang.

"Mereka tidak akan dipakaikan gelang namun masih tertakluk kepada HSO dan perlu mematuhi segala peraturan," katanya dalam sidang media di sini pada Khamis.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan akan meningkatkan kapasiti katil hospital sedia ada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor termasuk katil unit rawatan rapi (ICU) dan bukan ICU.

"Buat masa ini, sebanyak 40 peratus pesakit dimasukkan ke hospital mempunyai gejala serius yang memerlukan sama ada bantuan oksigen dan alat pernafasan iaitu kategori tiga dan empat.

"Khasnya untuk kapasiti katil ICU, tambahan 30 katil melalui tiga modular ICU akan diterima tidak lama lagi," katanya.

Artikel Berkaitan:

[LIVE] Sidang media Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. https://t.co/LmiwL4QXT4

— SinarOnline (@SinarOnline) July 15, 2021