X

Kindly register in order to view this article
!

Hampir 80 peratus warga KL lengkap dos vaksin Covid-19

Annuar (kanan) ketika melakukan pemantauan operasi pertama Rumah Prihatin serta Khidmat Vaksinasi Prihatin di Hotel Grand Seasons Kuala Lumpur pada Khamis. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Hampir 80 peratus warga Kuala Lumpur telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, setakat ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, berdasarkan jumlah itu beliau yakin ibu negara akan mencapai imuniti kelompok seawal bulan depan.

"Sekarang, adalah masa untuk kita turun mencari mereka yang tertinggal seperti golongan miskin dan gelandangan untuk divaksin,” katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi hari pertama Rumah [email protected] Seasons di sini pada Khamis.

Susulan itu, Annuar berkata, satu mesyuarat akan diadakan pada Jumaat bersama semua Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan bagi membincangkan perancangan Kuala Lumpur setelah mencapai imuniti kelompok.

"Kita mahu berbincang dan mendapatkan pandangan mereka bagaimana mahu membuka semula Kuala Lumpur selepas berjaya mencapai imuniti kelompok nanti," katanya.

Mengenai Rumah [email protected] Seasons, beliau berkata, ia menawarkan enam komponen utama iaitu Dapur Prihatin, Food Bank, Bilik Penginapan Prihatin, Khidmat Kesihatan Mental Prihatin, Khidmat Vaksinasi Prihatin dan Pusat Gerakan Jejak Prihatin selari dengan konsep Wilayah Cakna dan Wilayah Prihatin bagi membantu rakyat secara lebih proaktif. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!