X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 22 Januari 2022

Pusat sembelihan: Batal lesen, permit jika gagal patuh SOP

Tosrin ( tengah) ketika lawatan kerja bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk menarik semula atau membatalkan lesen serta permit yang diberikan kepada pusat sembelihan korban Aidiladha sekiranya didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, hasil lawatan kerja bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) minggu lalu ke atas 15 buah pusat sembelihan, terdapat pusat sembelihan yang tidak menepati SOP ditetapkan.

"Antara perkara yang tidak menepati SOP yang dikehendaki seperti kolam takungan darah dan air kumbahan serta kebersihan pusat sembelihan. Justeru pemilik pusat sembelihan terlibat telah diberikan peringatan dan amaran terakhir agar mematuhi SOP berkenaan.

"Walaupun pusat sembelihan ini disifatkan sebagai pusat sementara, namun pemilik tidak seharusnya memandang remeh SOP korban sewaktu pandemik Covid-19. Kerajaan negeri tidak mahu berlaku kluster korban di mana- mana pusat penyembelihan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sementara itu, Tosrin turut memberitahu semua imam, bilal, noja dan ahli jawatankuasa masjid serta surau Jumaat di negeri ini akan diberikan vaksin dengan kadar segera.

"Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor pada Rabu bersetuju bagi pemberian vaksin berkenaan yang bertujuan memastikan tidak ada kluster agama selain menambah baik SOP masjid dan surau di negeri ini.

"Semua Pejabat Kadi Daerah telah diarahkan untuk menghantar senarai nama pengurusan masjid dan surau ke Pejabat Kesihatan Daerah," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!