Ahli jemaah menteri beri sokongan penuh kepada Muhyiddin

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
A
A
A

PUTRAJAYA - Ahli jemaah menteri sebulat suara kekal memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerajui pucuk pimpinan negara.

Ahli jemaah menteri dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa setiap keputusan kerajaan dibuat secara kolektif setelah mengambil kira pandangan semua pihak.

Menurut kenyataan itu, keutamaan kerajaan pada ketika ini adalah untuk menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara serta membawa negara keluar dari pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan: