Raih untung lumayan jual minyak urut

Asma bersama rangkaian produknya.
Asma bersama rangkaian produknya.
A
A
A

SHAH ALAM - Siapa sangka hanya dengan menjual minyak urut, seorang ibu tunggal tiga anak mampu memperoleh pendapatan lumayan dalam tempoh empat tahun.

Kejayaan luar biasa itu berjaya digapai Asma Benjaman, 32, apabila merekodkan jualan jutaan ringgit produk minyak urut jenama MMG sejak dua tahun lalu sekali gus meletakkannya sebagai top stokis produk itu.

Syarikatnya, Legasi Asma Jutawan Sdn Bhd merekodkan jualan sebanyak RM1.3 juta pada tahun lalu walaupun dalam keadaan kebanyakan bisnes lain terjejas teruk ekoran penularan Covid-19.

Lebih membanggakan, jualan yang dicatatkan itu meningkat berbanding RM1.1 juta pada tahun sebelumnya.

Asma mengakui dia sendiri tidak pernah terlintas akan berjaya mencapai jualan tujuh angka dalam masa yang sangat singkat.

“Saya mula menjadi ejen jualan produk MMG ini pada September 2016 ketika masih bergelar suri rumah sepenuh masa dan tanpa pengalaman dalam bidang pemasaran.

“Tapi bila sertai bisnes ini, saya diajar tentang pelbagai perkara termasuk dari segi pemasaran menerusi kelas yang disediakan pihak ibu pejabat,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Kelas yang disediakan membantu Asma yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengajian al-Quran dan Sunnah meningkatkan jualan hingga dia berjaya bergelar stokis hanya dalam tempoh sebulan selepas itu.

Artikel Berkaitan:

Kata Asma, pada bulan pertama, minyak urut yang terjual adalah sebanyak 50 botol dan ia terus melonjak setiap bulan hingga melayakkannya menjadi master stokis yang digelar leader diamond ketika ini.

“Alhamdulillah, lonjakan jualan setiap bulan membolehkan syarikat saya yang pada awalnya berstatus enterprise bertukar menjadi 'sdn bhd'.

“Seiring dengan itu, saya juga telah membuka kedai di Besut, Terengganu sejak tiga tahun lalu dan mempunyai seramai tiga pekerja,” jelasnya.

Asma juga mempunyai seramai tujuh stokis, lebih 20 master ejen dan 500 ejen jualan yang majoritinya terdiri daripada suri rumah.

Asma (duduk di tengah) bersama stokis dan ejen di bawahnya.
Asma (duduk di tengah) bersama stokis dan ejen di bawahnya.

Stokis dan ejen di bawahnya juga turut melakar kejayaan membanggakan kerana ada antara mereka memperoleh jualan tahunan mencecah RM300,000.

Katanya, pendapatan lumayan yang diperoleh itu juga membolehkan kebanyakan suri rumah itu mengeluarkan zakat

dan bersedekah setiap tahun.

“Walaupun bergelar suri rumah, tetapi mereka dapat keluarkan zakat dan bersedekah setiap tahun dengan konsisten menjual produk minyak urut ini.

“Mereka juga dapat bantu mengukuhkan ekonomi keluarga lebih-lebih lagi dalam keadaan wabak sekarang yang menyebabkan ramai terjejas kerana hilang atau kurang pendapatan,” ujarnya.

Asma berkata, penglibatan dalam bisnes itu juga mengelakkan dia ‘hilang punca’ selepas kehilangan suami, Mohammad Abdillah Samsuiman yang maut dalam nahas jalan raya pada 2018 ketika berusia 33 tahun.

“Saya bersyukur sebab ada pendapatan sendiri sebelum ini kerana ia membantu untuk terus berdikari dan tidak hilang ‘arah’ selepas kehilangan suami.

“Anak-anak pula masih lagi kecil dan sememangnya memerlukan perbelanjaan besar. Berkat semangat arwah suami juga saya kuatkan semangat untuk teruskan bisnes ini,” katanya.

Menurutnya, ketika memulakan bisnes itu, arwah suaminya adalah pembakar semangatnya dan ‘semangat‘ itulah yang memotivasikan dirinya sehingga sekarang.

Dalam pada itu, kata Asma, konsep pemasaran produk itu yang dilakukan menerusi platform media sosial membolehkan produk itu tetap laris walaupun dalam keadaan pandemik ketika ini.

Jelas usahawan ini, mereka menggunakan platform Facebook dan Instagram untuk memasarkan produk itu selain sebahagian mereka turut menggunakan platform e-dagang iaitu Shopee.

“Bagi mereka di luar sana terutama golongan wanita dan suri rumah yang tercari-cari peluang bisnes, rebutlah peluang untuk sertai kami.

“Produk minyak urut ini terbukti disukai ramai kerana ia berbeza dari minyak urut biasa. Minyak ini berbau wangi dan tidak melekit. Ekoran itu, produk ini juga digemari lelaki sebab ada antara mereka tidak suka minyak yang melekit dan berbau kurang

enak,” katanya.

Asma berharap bagi berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk dan bisnes itu boleh melayari laman

sosialnya iaitu Facebook asma benjaman, Instagram masagegel_besut/ asma_benjaman atau menghubunginya di talian 013-2910083.