Empat strategi tangani Covid-19 di Lembah Klang

Dr Chong Chee Kheong bercakap pada sidang media khas mengenai Task Force Greater Klang Valley di Kementerian Kesihatan, pada Selasa. - Foto Bernama
Dr Chong Chee Kheong bercakap pada sidang media khas mengenai Task Force Greater Klang Valley di Kementerian Kesihatan, pada Selasa. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Ada empat strategi yang bakal digunakan oleh Pasukan Bertindak Khas ‘Greater Klang Valley’ dalam usaha menangani Covid1-19 di sekitar Lembah Klang.

Pengarah Bersama Pasukan Pengurusan Projek Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF), Datuk Dr Chong Chee Keong berkata, strategi tersebut termasuklah bekerjasama dengan pakar kesihatan dan sektor ekonomi.

“Selain itu, strategi lain ialah pemerkasaan orang ramai serta meningkat dan menggiatkan lagi pemberian vaksin kepada populasi di negara ini,” katanya dalam Sidang Khas bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba pada Selasa.

Hadir sama, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha'ari Ngadiman.

Mengulas lanjut Dr Chong berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan pakar kesihatan termasuk KKM sendiri dalam mengawal peningkatan kes dan mitigasi jangkitan.

“Justeru, kami akan bersama-sama untuk melihat apa tindakan yang sewajarnya diambil dalam menangani Covid-19 di negara,” katanya.

Sebelum ini, Dr Adham berkata, pihaknya telah menubuhkan Pasukan Bertindak Khas 'Greater Klang Valley' bagi tujuan memantapkan tahap kesiapsiagaan sistem kesihatan di Lembah Klang dalam mengurus pandemik Covid-19.

Menurutnya, pasukan khas tersebut diketuai Dr Chong yang berperanan untuk menangani segera situasi semasa di Selangor dan Kuala Lumpur serta kawasan bersempadan, terutama dalam isu kekurangan katil dan sumber manusia.

Artikel Berkaitan: