Anak maut diseret lembu

Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun maut diseret seekor lembu sejauh 50 meter dalam kejadian di Kampung Rahmat di sini pada Isnin. Foto 123rf.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun maut diseret seekor lembu sejauh 50 meter dalam kejadian di Kampung Rahmat di sini pada Isnin. Foto 123rf.
A
A
A

JELI - Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun maut diseret seekor lembu sejauh 50 meter dalam kejadian di Kampung Rahmat di sini pada Isnin.

Kejadian jam 6.40 petang itu berlaku ketika mangsa menemani bapanya ke padang rumput untuk membawa balik haiwan berkenaan ke rumah.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Ariffin berkata, semasa bapa mangsa yang berusia 29 tahun itu melepaskan ikatan tali pada lembu ia secara tiba-tiba telah terbelit pada kaki kanak-kanak berkenaan.

Menurut beliau, bapa mangsa cuba membuka belitan tali pada kaki anaknya, bagaimanapun lembu itu telah terkejut dan melarikan diri.

"Keadaan itu menyebabkan lembu berkenaan mengheret mangsa sejauh 50 meter.

"Selepas itu, bapanya berjaya melepaskan ikatan di kaki anaknya dan terus membawa mangsa ke Hospital Jeli untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya

Ahmad berkata, mangsa disahkan meninggal dunia ketika sampai di hospital.

"Hasil laporan bedah siasat mendapati punca kematian akibat pendarahan dalaman dan tiada unsur jenayah.

Artikel Berkaitan:

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.