X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Rujuk senarai CAC elak kesesakan: MB Selangor

Amirudin memuat naik status di Facebook beliau pada Selasa.
A
A

SHAH ALAM - Penduduk di Selangor yang dikesan positif Covid-19 diminta merujuk senarai Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di daerah masing-masing bagi mengelakkan kesesakan semasa proses penilaian kesihatan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, orang ramai boleh merujuk senarai CAC di sembilan daerah di negeri ini.

"Kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor bagi meningkatkan kapasiti CAC dengan mengambil kira beberapa faktor utama seperti jumlah kakitangan, sukarelawan perubatan serta lokasi yang sesuai," katanya yang memuat naik status di Facebook beliau pada Selasa.

Amirudin pada masa sama turut memuat naik info grafik senarai CAC di sembilan daerah di negeri ini.

Menerusi info grafik itu, sebanyak 27 lokasi CAC disediakan di setiap daerah di bawah Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) masing masing.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan, CAC Stadium Malawati, Seksyen 13, di sini sudah seperti berada dalam suasana peperangan apabila ribuan individu positif Covid-19 berpusu-pusu untuk melaporkan diri pada Isnin.

Lebih menyayat hati apabila kanak-kanak dan bayi antara yang disyaki positif turut beratur dan terpaksa berpanas sejak jam 11 pagi bagi melakukan penilaian kesihatan sebelum dilihat beredar kira-kira jam 3 petang.

ARTIKEL BERKAITAN:Lebih 4,000 lapor diri, CAC Stadium Malawati seperti medan perang

ARTIKEL BERKAITAN:'CAC melimpah ruah, 11 jam beratur, lima orang pengsan depan mata'


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!