Tujuh mangsa diselamatkan dari celah runtuhan hotel

Kerja-kerja menyelamatkan dilakukan bagi mencari mangsa yang terselamat dari runtuhan sebuah hotel kecil di bandar Suzhou pada Isnin. - Foto AFP
Kerja-kerja menyelamatkan dilakukan bagi mencari mangsa yang terselamat dari runtuhan sebuah hotel kecil di bandar Suzhou pada Isnin. - Foto AFP
A
A
A

SHANGHAI - Anggota penyelamat berjaya menarik keluar tujuh mangsa yang terselamat di celah-celah runtuhan sebuah hotel bajet yang runtuh di bandar Suzhou, timur China, kata media kerajaan pada Selasa.

Hotel Siji Kaiyun itu runtuh pada tengah hari Isnin lalu, manakala pihak berkuasa pada awalnya berkata seorang terbunuh dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa pada Selasa menyatakan lapan orang terbunuh dan sembilan lagi masih hilang dalam runtuhan itu.

Setakat ini, seramai 14 orang berjaya diselamatkan selepas hotel kecil itu runtuh, menurut akhbar People's Daily.

Punca yang menyebabkan hotel tersebut masih belum diketahui.

Hotel itu dibina pada tahun 2018 dan mempunyai 54 bilik, menurut laman sesawang pelancongan, Ctrip.

Bandar Suzhou didiami oleh lebih 12 juta orang dan terletak kira-kira 100 kilometer ke barat Shanghai merupakan destinasi untuk pelancong kerana ia mempunyai terusan dan taman berusia berabad-abad lamanya. - Agensi

Artikel Berkaitan: