McGregor jalani pembedahan tiga jam

McGregor mengalami patah tulang kering pada pertarungan berkenaan.
McGregor mengalami patah tulang kering pada pertarungan berkenaan.
A
A
A

JAGUH seni bela diri campuran (MMA) dari Ireland, Conor McGregor terpaksa menjalani pembedahan selama tiga jam akibat mengalami kecederaan patah tulang kering kirinya setelah tewas kepada jaguh MMA Amerika Syarikat, Dustin Poirier pada Ahad.

Difahamkan pembedahan berkenaan dilaksanakan kurang daripada 24 jam setelah McGregor, 33 tewas kepada Poirier, 32 pada pertarungan UFC 264 di Las Vegas dan disahkan mengalami patah tulang tibia dan fibula kirinya pada pertarungan berkenaan.

Pada pertarungan berkenaan, Poirier jelas lebih hebat berbanding McGregor apabila memenangi pertarungan trilogi itu secara Technical Knockout (TKO) selepas jaguh dari Ireland itu mengalami kecederaan.

Menurut ejennya, Audie Star, McGregor ketika ini dalam proses pemulihan setelah menjalani pembedahan berkenaan.

"Pembedahan itu berjaya membaiki tulang tibia dan fibulanya yang patah dan pihak doktor turutt yakin bahawa McGregor dapat pulih dalam waktu yang dijangkakan.

“Kami menantikan kepulangannya ke oktagon," katanya.

Promoter, Dana White mengesahkan yang dia mengharapkan pertarungan keempat antara dua jaguh itu akan dapat dilangsungkan.

Malah, McGregor menerusi klip video di laman sosial turut menjangkakan dia mungkin memakai tongkat selama enam minggu sebelum boleh mula kembali bertarung seperti biasa.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Poirier menjelaskan dia tidak kisah pertarungan itu berlangsung di mana sekalipun.

"Kami akan tetap bertarung tak kiralah di dalam oktagon ataupun di tepi jalan," katanya.