Kenyataan tular PM letak jawatan palsu

Kenyataan akhbar palsu yang tular pada Sabtu mengatakan Muhyiddin telah membuat keputusan untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.
Kenyataan akhbar palsu yang tular pada Sabtu mengatakan Muhyiddin telah membuat keputusan untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebuah kenyataan yang tular mengatakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat keputusan untuk meletak jawatan selepas negara merekodkan kes harian Covid-19 yang tinggi adalah palsu.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri pada Sabtu.

Dalam kenyataan palsu bertarikh 10 Julai yang menggunakan nama Pejabat Perdana Menteri itu, Muhyiddin dikatakan memanggil suatu Mesyuarat Kabinet tergempar pada Sabtu bagi membincang hala tuju kerajaan ekoran kes positif Covid-19 yang semakin tinggi.

Kenyataan itu mendakwa Muhyiddin telah mengemukakan keputusan untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri kerana sedar kerajaan yang diketuainya telah gagal dalam menangani wabak Covid-19 dan ia turut dipersetujui oleh Kabinet.

Perdana Menteri juga didakwa akan menghadap Yang di-Pertuan Agung pada hari ini (Sabtu) untuk mengemukakan keputusan Mesyuarat Kabinet tersebut dan menasihatkan Yang di-Pertuan Agung untuk melaksanakan fungsinya di bawah Perlembagaan Persekutuan bagi melantik seorang Perdana Menteri yang baharu.

Pada Khamis, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dalam kenyataannya memaklumkan, Muhyiddin masih kekal sebagai Perdana Menteri meskipun UMNO membuat keputusan untuk menarik sokongan terhadap beliau.

Idrus berkata, berdasarkan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, kepercayaan majoriti perlu ditentukan oleh Ahli Dewan Rakyat dan bukanlah melalui kenyataan suatu parti politik atau mana-mana pemimpinnya.

Jelas beliau, kerajaan tidak mempunyai apa-apa fakta jelas yang menunjukkan Muhyiddin tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat.

Artikel Berkaitan:

Kenyataan Idrus tersebut dilihat menoktahkan persoalan mengenai kedudukan Muhyiddin dan jemaah menteri selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendesak Ahli Parlimen Pagoh berundur secara terhormat bagi membolehkan seorang Perdana Menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh yang terhad.