Sidang DUN Kelantan Ogos ini

Abdullah (tengah) turut menyampaikan bantuan kepada penduduk di kawasan berkenaan.
Abdullah (tengah) turut menyampaikan bantuan kepada penduduk di kawasan berkenaan.
A
A
A

JELI - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dijangka berlangsung pada Ogos ini.

Speaker DUN, Datuk Abdullah Ya'kub berkata, pihaknya kini telah mengeluarkan surat kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi mengemukakan soalan.

Katanya, pihaknya juga kini sedang melakukan proses penyediaan melibatkan rang undang-undang untuk dibawa ke persidangan itu.

"Setakat ini kita tidak maklum lagi tarikh sebenar sidang DUN sebab kita tunggu tarikh persidangan Parlimen.

"Sidang Parlimen yang akan datang ialah sidang Parlimen khas. Apabila ditetapkan sidang Parlimen biasa, Insya-ALLAH DUN juga akan bersidang," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Beliau sebelum itu mengiringi Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyampaikan Bakul Makanan menerusi Pakej-Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) kepada penduduk di Kampung Berdang, Jeli di sini.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, persidangan DUN Kelantan bakal dilaksanakan secara bersemuka dan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira jumlah ADUN yang lebih kecil iaitu 45 orang berbanding persidangan Parlimen yang melibatkan 222 ahli Dewan Rakyat.

Artikel Berkaitan: