X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 19 Mei 2022

Polis siasat video tular penguat kuasa aniaya haiwan

Tangkap layar video memaparkan penguat kuasa kerajaan tempatan didakwa berlaku kejam ketika operasi menghapuskan anjing liar di kawasan perumahan Taman Tiram, Kulim. Gambar kecil: Kamarul Zaman Mamat
A
A

ALOR SETAR - Satu kertas siasatan dibuka berhubung video tular di media sosial mengatakan berlaku penganiayaan semasa operasi menghapuskan anjing liar dilakukan oleh penguat kuasa kerajaan tempatan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, video berkaitan kejadian menangkap dan melupuskan anjing liar di kawasan perumahan Taman Tiram, Kulim telah tular di media sosial.

Kamarul Zaman berkata, pihaknya menerima dua laporan polis yang menzahirkan perasaan tidak puas hati terhadap tindakan kakitangan Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) yang dianggap kejam dan tidak berperikemanusiaan.

"Sehubungan itu, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan membunuh atau mencacatkan seekor haiwan.

"Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau dengan kedua-duanya," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Kamarul Zaman berkata, siasatan terperinci masih dijalankan bagi mengenal pasti undang- undang dan prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai dalam tindakan bagi melupus haiwan liar yang berkeliaran.

Dalam perkembangan sama, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi atau menularkan video tersebut yang mana boleh menimbulkan kegusaran serta kebimbangan masyarakat berhubung tindakan pihak MPKK.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!