X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

Dua lokaliti dikenakan PKPD mulai Ahad ini

Tiga lokaliti di Kuala Lumpur dan Sandakan, Sabah akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Ahad hingga 24 Julai.
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Dua lokaliti iaitu Apartment Sri Rakyat, Bandar Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Blok 11 dan 12, Lorong 4, Taman Nuri, Sandakan, Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa pada 11 Julai sehingga 24 Julai ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hasil pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia di Apartmen Sri Rakyat, trend kes meningkat iaitu sebanyak 94 kes positif direkodkan daripada hasil saringan ke atas 598 orang penduduk.

Menurutnya, Pelaksanaan PKPD ini bertujuan mengawal pergerakan penduduk sekali gus mengekang penularan jangkitan ke komuniti lain.

“Selain itu, di Blok 11 dan 12, Lorong 4, Taman Nuri, sebanyak 16 ujian saringan dilakukan dan sembilan daripadanya dilaporkan positif Covid-19 pada kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di lokaliti ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD di Jalan Kubur, Kuala Lumpur yang dijadualkan tamat pada 9 julai kepada 15 Julai.

Jelasnya, sepanjang tempoh pelaksanaan PKPD, 492 ujian saringan dan 258 daripadanya dilaporkan positif Covid-19.

“KKM juga mendapati kes masih menular dalam kalangan penduduk selain terdapat kes baru direkodkan di lokaliti ini,” ujarnya.

Menurut Ismail Sabri, PKPD di di Kampung Segambut Dalam, Kuala Lumpur dan Penjara Tawau serta Kuarters Penjara Taman Ehsan, Tawau, Sabah ditamatkan mengikut jadual iaitu pada 9 Julai.

Tambahnya, di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Murni, Sandakan; Kampung Pukat Tanjung Batu Laut dan Kampung Baru Pasir Putih, Tawau, Lorong 12, 15 & 16, Taman Fajar, Sandakan, Sabah ditamatkan pada 10 Julai.

“KKM juga mengesahkan berlaku penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan,” ujarnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!