Suhu di Langkawi paling panas

Gambar hiasan - Sumber internet
Gambar hiasan - Sumber internet
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suhu di Langkawi mencecah 36 darjah celcius iaitu yang tertinggi hari ini setakat jam empat petang, menurut laman web Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Sementara itu, dua lagi kawasan di Kedah iaitu Alor Star dan Lubuk Merbau mencatat suhu 35 darjah celcius.

Suhu 35 darjah celcius turut dicatatkan di Chuping, Perlis.

Manakala, beberapa kawasan mencatat suhu 34 darjah celcius iaitu Petaling Jaya, Setiawan, Ipoh, Subang, Batu Embun, Melaka, Batu Pahat dan Keningau.

Status gelombang haba di Semenanjung Malaysia dijangka mencecah sehingga 36.9 darjah celcius.

Berdasarkan kemaskini MetMalaysia hari ini, 10 kawasan berada pada tahap satu, iaitu berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian 35 darjah celcius hingga 36.9 darjah celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Artikel Berkaitan: