Bukan tak hormat nasihat mufti tapi...

Mohd Amar Abdullah
Mohd Amar Abdullah
A
A
A

KOTA BHARU – Pas menghormati pandangan Mufti Kelantan, Datuk Mohd Shukri Mohamad yang melihat tiada keperluan untuk mengadakan himpunan kesyukuran terhadap penolakan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) 8 Disember ini.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, namun pihaknya mengambil pertimbangan lain yang memerlukan perhimpunan tersebut diteruskan seperti yang dijadualkan iaitu di Dataran Merdeka nanti.

“Kita menghormati pandangan mufti tapi kita ada pertimbangan lain. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri sebut apa yang berlaku (isu di Subang Jaya) itu tidak menimbulkan masalah perkauman atau agama, jadi tidak berbangkitlah.

Itu masalah dalaman sahaja,” katanya selepas menyampaikan kuliah di Medan Ilmu di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Himpunan diteruskan, kerajaan gagal tunjuk kesungguhan]

Artikel Berkaitan:


[ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan sah tak akan ratifikasi ICERD]