X

Kindly register in order to view this article
!

Warga emas meninggal dunia di restoran

Lelaki warga emas disahkan meninggal dunia di sebuah restoran di pekan Donggongon, Penampang pada Khamis.
A
A

PENAMPANG - Seorang lelaki warga emas disahkan meninggal dunia selepas rebah di sebuah restoran di pekan Donggongon, di sini pada Khamis.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, lelaki berusia 61 tahun terbabit dikatakan tidak sedarkan diri dan hanya disedari pekerja restoran sebelum menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, pegawai perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk dibedah siasat.

"Hasil siasatan awal mendapati mangsa adalah seorang gelandangan dan alamat yang tertera di MyKad miliknya iaitu Kampung Lubang Batu Mandahan, Papar," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Katanya, punca kematian lelaki itu belum diketahui dan masih dalam siasatan.

"Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai waris mangsa boleh berhubung dengan pengawai penyiasat IPD Penampang, Sarjan Mejar (SM) Patrick Duffy Francis Dicka di talian 013 838 5335," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!