Muhyiddin perlu undur diri, contohi bekas Perdana Menteri: Afdlin

Afdlin Shauki
Afdlin Shauki
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu berjiwa besar dan menarik diri daripada jawatan Perdana Menteri sepertimana pernah dilakukan bekas Perdana Menteri terdahulu.

Pengarah, pelakon dan aktivis, Datuk Afdlin Shauki berkata, langkah itu sekali gus dapat menghapuskan tohmahan rakyat susulan kegagalan kerajaan dalam menangani penularan pandemik Covid-19.

Beliau berpendapat, jika negara terus mencatatkan peningkatan kes Covid-19 dalam keadaan politik yang tidak stabil ia akan memalukan negara dan perkara itu perlu diselesaikan dengan segera.

"Langkah itu juga secara tidak langsung dapat menyelesaikan kemelut politik yang berlaku dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika ini," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Afdlin yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada April lalu berkata, bekas Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan setelah hilang kepercayaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH).

"Keadaan yang sama juga berlaku kepada bekas Perdana Menteri sebelum itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kedua-dua bekas Perdana Menteri itu meletakkan jawatan selepas mereka hilang sokongan.

"Namun keadaan sekarang adalah berbeza apabila kerajaan Tan Sri Muhyiddin gagal dalam menangani pandemik Covid-19 dan kerana itu beliau kini hilang sokongan daripada parti yang membentuk PN iaitu UMNO," katanya.

Artikel Berkaitan: