X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19 Malaysia tertinggi, 8,868 kes hari ini

Foto fail Bernama
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Bilangan kes positif Covid-19 melepasi 800,000 setelah 8,868 kes harian baharu direkodkan pada Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan kumulatif kes positif adalah 808,658 kes.

Selain itu, negara turut mencatatkan kes kematian tertinggi baharu akibat Covid-19. iaitu 135 orang.

"Kes harian tertinggi masih tertumpu di Lembah Klang dengan Selangor melaporkan 4,152 kes diikuti Kuala Lumpur 1,133 kes," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Negeri Sembilan pula mencatatkan 897 kes, Perak (543), Kedah (360), Johor (336), Sarawak (281), Sabah (279), Pulau Pinang (237), Melaka (183), Pahang (152), Kelantan (135), Terengganu (68), Labuan (64), Putrajaya (47) dan Perlis (satu).

Menurutnya, sebanyak 77,275 kes aktif di seluruh negara.

"Seramai 952 pesakit Covid-19 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 445 masih memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Mengulas lanjut mengenai kes kematian, beliau berkata, terdapat 63 kes direkodkan di Selangor, Kuala Lumpur (24), Johor (sembilan), Negeri Sembilan (lapan) Melaka (lapan), Sarawak (empat), Kelantan (empat), Sabah (tiga), Perak (tiga), Pahang (tiga) Pulau Pinang (dua), Putrajaya (dua) dan masing-masing satu di Terengganu serta Labuan.

Sementara itu, 5,802 individu telah pulih sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya, 725,480 orang.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!