Buat laporan, dedah bukti jika wujud dalang

Gambar pokok durian sedang berbuah yang ditebang pihak berkuasa Ahad lalu tular di media sosial.
Gambar kecil: Andansura
Gambar pokok durian sedang berbuah yang ditebang pihak berkuasa Ahad lalu tular di media sosial. Gambar kecil: Andansura
A
A
A

KUANTAN- Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau bukti wujudnya dalang dalam isu pencerobohan tanah termasuk dalam kes kebun durian haram dalam Hutan Simpan Kekal Batu Talam, Raub perlu tampil membuat laporan kepada pihak berwajib termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Melalui maklumat atau bukti yang ada membolehkan pihak SPRM membuat siasatan bagi mengenalpasti pihak mana dan bagaimana penglibatan mereka dalam isu itu.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang, Andansura Rabu berkata, tanpa bukti atau laporan dibuat, dakwaan itu sukar untuk dibuktikan dan akan terus timbul persoalan.

Menurutnya, sehingga kini belum ada sebarang dapatan berhubung dakwaan wujudnya penglibatan 'orang politik' dalam isu pencerobohan tanah ini, namun kemungkinan itu ada.

"Kemungkinan wujud penglibatan Individu, ahli perniagaan dan ahli politik dalam isu ini cuma siapa dan bagaimana mereka terlibat sukar dijelaskan tanpa bukti.

"Justeru perlu ada laporan kepada pihak berwajib untuk perkara ini disiasat lebih terperinci jika ada bukti," katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Andansura yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah berkata, semua pihak mahukan jawapan siapa yang terlibat atau dalang di sebalik kegiatan itu.

"Jika terbukti, mereka perlu diheret ke muka pengadilan kerana menjejas banyak pihak, alam sekitar dan mencalar imej penduduk setempat.

Artikel Berkaitan:

"Kita juga tidak mahu perkara ini berlarutan dan terus menimbulkan persoalan serta persepsi negatif terhadap kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata, semua ini perlukan ketelusan dan keikhlasan. Sekiranya isu ini hendak diselesaikan semua pihak perlu mainkan peranan masing-masing termasuk dalam kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Saya melihat tindakan yang diambil dalam isu kebun durian haram ini sebagai komitmen kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu pencerobohan hutan simpan supaya kawasan yang diteroka secara haram itu dapat dipulihara kembali," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Proses reman 18 pekebun durian musang king kecoh

Provokasi ketika operasi, 18 pekebun haram durian musang king ditahan