X

Kindly register in order to view this article
!

Guna gambar profil pengasas rumah jagaan tipu pinjam wang

Mesej WhatsApp yang diterima seorang kenalan Shahril yang memaklumkan ada pihak menggunakan profil gambarnya untuk meminjam wang.
A
A

KUALA SELANGOR - Pengasas Pusat Jagaan Orang Tua Selangor Relief Agency (SRA) Kuala Selangor menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab meminta pinjaman wang dengan menggunakan gambarnya sebagai profil di aplikasi WhatsApp.

Shahril Hussein, 40, berkata, kejadian kira-kira jam 2 petang pada Rabu itu berlaku tiga kali dalam tempoh kira-kira 10 minit.

Menurutnya, kejadian pertama berlaku apabila dia menerima mesej daripada aplikasi WhatsApp yang menyamar kononnya seorang kenalan daripada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untuk meminjam wang sebanyak RM3,800.

"Saya pelik sebab biasanya rakan tidak pernah pula meminjam wang daripada saya sebelum mengesyaki ia dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

"Saya kemudian hubungi rakan saya dan dia menafikan ada meminta pinjaman wang menggunakan nombor telefon lain dan memaklumkan ketika itu dia berada di Meru, Klang," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Khamis.

Shahril berkata, dia kemudian menerima WhatsApp daripada seorang kerani yang memaklumkan ada pihak menggunakan gambar profilnya untuk meminjam wang.

"Kerani kemudian menghubungi saya untuk pengesahan dan saya memaklumkan nombor telefon terbabit palsu dan cuba memperdaya untuk mendapatkan wang," katanya.

Beliau berkata, gambar profil dia sekali lagi digunakan pihak tidak bertanggungjawab kononnya ingin meminjam wang daripada seorang kenalan untuk baik pulih kerosakan van di pusat jagaan berkenaan.

"Rakan saya memaklumkan ada pihak guna gambar saya pada aplikasi WhatsApp untuk meminjam wang dan saya menyatakan ia palsu," katanya.

Katanya, bimbang dengan taktik penipuan itu, dia kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Tanjong Karang pada jam 5 petang.

"Saya meminta pihak polis menyiasat kejadian ini dan berharap tiada pihak yang mengambil kesempatan menggunakan profil saya untuk mendapatkan wang," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!