UMNO tarik sokongan: Pas Johor tunggu arahan Pusat

Pas Johor menunggu arahan Pas Pusat berhubung kerjasama dan hubungan mereka dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) susulan UMNO yang menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Gambar kecil: Abdullah Husin
Pas Johor menunggu arahan Pas Pusat berhubung kerjasama dan hubungan mereka dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) susulan UMNO yang menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Gambar kecil: Abdullah Husin
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pas Johor menunggu arahan Pas Pusat berhubung kerjasama dan hubungan mereka dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) susulan UMNO yang menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin berkata, setakat ini Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO di peringkat negeri masih tidak ada perbincangan atau mesyuarat tergempar membincangkan perkara itu.

"Hubungan Pas, Bersatu dan UMNO masih baik di Johor. Pas Johor masih berpegang pada slogan yang kita laungkan sebelum ini iaitu 'Perkukuh Muafakat Nasional (MN) dan Mempertahankan PN'.

"Sehingga hari ini kita masih buat program bersama-sama Bersatu Johor seperti memberi bantuan kepada orang susah, bakul makanan, bantuan Covid-19 dan sebagainya. Program dengan UMNO sesekali pun ada juga," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Pada malam Rabu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan parti tersebut menarik sokongan terhadap kerajaan PN dan memohon Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur.



ARTIKEL BERKAITAN UMNO tarik sokongan terhadap Muhyiddin serta-merta

Amanah yang perlu digalas dengan jujur, kata Ismail Sabri

Ismail Sabri dilantik Timbalan Perdana Menteri, Hishammuddin Menteri Kanan


Ahmad Zahid dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dikatakan berlangsung dalam keadaan tegang pada malam Rabu selepas membuat penelitian melibatkan tujuh perkara diambil PN selama ini.

Mengulas lanjut, Abdullah berkata, pihaknya akan terus menjalin kerjasama dengan Bersatu dan UMNO kerana Pas Johor tidak mempunyai masalah dengan kedua-dua parti itu selagi tidak ada ketetapan terbaharu.

Artikel Berkaitan:

Katanya, Pas Johor akan terus memberi khidmat kepada rakyat negeri ini walaupun tidak mempunyai seorang pun Exco dalam pentadbiran kerajaan negeri dan hanya mempunyai wakil yang sedikit sebagai ketua kampung atau ahli majlis.

"Walaupun wakil Pas hanya 35 dilantik sebagai ketua kampung, 16 sebagai ahli majlis dan dua dilantik sebagai Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN), perkara itu tidak menghalang mereka untuk bekerja demi rakyat," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Pas Johor mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

"Pas Johor sangat yakin kemampuan dan kredibiliti Datuk Seri Ismail Sabri memikul jawatan itu berdasarkan pengalaman beliau khususnya sebagai seorang Menteri dan Menteri Kanan. Lebih-lebih lagi beliau seorang pemimpin UMNO paling kanan dalam kabinet kerajaan PN.

"Pas Johor juga merakamkan ucapan tahniah kepada Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang dilantik sebagai Menteri Kanan yang mana sebelum ini telah dilantik sebagai Menteri Luar Negeri.

"Pengalaman beliau diyakini mampu membantu kerajaan dan berganding bahu, pemikiran dan tenaga dengan semua anggota Kabinet lain bagi memajukan negara ke arah yang lebih baik," katanya.