Covid-19: Indonesia rekod lebih 1,000 kematian dalam 24 jam

Jumlah keseluruhan kematian kini meningkat kepada 62,908 orang. - Foto Kompas
Jumlah keseluruhan kematian kini meningkat kepada 62,908 orang. - Foto Kompas
A
A
A

JAKARTA - Kes Covid-19 di Indonesia semakin membimbangkan selepas mencatatkan lebih 1,000 kematian, jumlah tertinggi direkodkan setakat ini ketika kes positif baharu berterusan meningkat melebihi 34,000 kes.

Menurut data yang disiarkan di laman Twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia pada Rabu, sebanyak 1,040 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini meningkat kepada 62,908 orang.

Kes positif baharu turut mencatatkan jumlah tertinggi hari ini iaitu sebanyak 34,379 kes, menjadikan kes positif keseluruhan kini 2,379,397 kes.

Bermula 3 Julai lepas hingga 20 Julai, pemerintah Indonesia mengetatkan lagi protokol kesihatan Covid-19 dengan menguatkuasakan Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Darurat (PPKM Darurat) di Pulau Jawa dan Bali.

Antara peraturan PPKM Darurat adalah penutupan pusat-pusat membeli belah, penerapan 100 peratus bekerja dari rumah bagi sektor non essential, penutupan rumah-rumah ibadat, pembelajaran dari rumah sepenuhnya, larangan makan di restauran, kedai makan atau warung (dine in) dan tempat-tempat atau pusat pelancongan dan reakrasi ditutup. - Bernama

Artikel Berkaitan: