Amaran kepada penyeludup rokok, arak

Mohd Yusoff menunjukkan antara aktiviti penyeludupan yang dikesan Pasukan Polis Marin.
Mohd Yusoff menunjukkan antara aktiviti penyeludupan yang dikesan Pasukan Polis Marin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sindiket yang menjadi dalang utama penyeludupan rokok dan arak sudah dikenal pasti untuk diambil tindakan selanjutnya dalam masa terdekat ini.

Komander Pasukan Polis Marin Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Deputi Komissioner Mohd Yusoff Mamat berkata, maklumat mengenai kumpulan sindiket sedang dikumpul dan tindakan operasi akan digerakkan bersama beberapa agensi.

"Sindiket penyeludupan kontraban melibatkan rokok dan arak sentiasa dalam pemerhatian Pasukan Polis Marin, apabila kapal sampai di sempadan, sindiket ini menggunakan bot laju untuk mengambil barang di kapal tersebut di tengah laut.

"Kapal besar ini dikesan bergerak dari Vietnam dan akan turun ke sempadan Malaysia, yang melibatkan kawasan pantai timur dari Kuantan sehinggalah ke Kota Tinggi, Pengerang, Johor," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Rabu.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: