PM menghadap Agong petang ini?

Muhyiddin Yassin- Foto Bernama
Muhyiddin Yassin- Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memohon perkenan rombakan kabinet dalam masa terdekat.

Menurut laporan portal SuaraTV, Muhyiddin dijadual menghadap Al-Sultan Abdullah petang ini membabitkan beberapa pemimpin kanan UMNO.

Bagaimanapun sama ada pengumuman rombakan itu dibuat pada hari ini ia bergantung kepada perkenan Seri Paduka Baginda.

Portal itu turut melaporkan, angkat sumpah jawatan baharu jika ada akan dibuat pada Jumaat ini.

Artikel Berkaitan: