10 kawasan suhu berpotensi cecah 36.9'c

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Status gelombang haba di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia dijangka mencecah 35 sehingga 36.9 darjah celcius pada tiga hari berturut-turut.

Menerusi kemaskini Jabatan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), 10 kawasan berada pada tahap satu, iaitu berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian 35 darjah celcius hingga 36.9 darjah celcius.

Antara kawasan tersenarai ialah, Muar (Johor), Kepong (Kuala Lumpur), Maran (Terengganu).

Manakala di Perak, Kinta, Kuala Kangsar, Hulu Perak dan di Kedah ialah, Sik, Kota Setar, Kubang Pasu dan Chuping.

Bagi daerah lain, keadaan cuaca berada tahap suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah celsius.

Menerusi kenyataan MetMalaysia, data tersebut adalah berdasarkan rekod sehingga semalam 24 Februari dan akan dikemas kini setiap hari.

Sehingga jam 12 tengah hari, status itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang juga menasihatkan agar orang ramai mengurangkan aktiviti luar dan kerap minum air.

Seorang warganet Muslim Rupin berkata, cuaca sedemikian boleh menyebabkan strok haba dan orang ramai perlu sentiasa minum air secukupnya.....

Artikel Berkaitan:

Justeru, penduduk di daerah terbabit diminta peka kepada kitaran cuaca tidak menentu dan mengambil langkah berwaspada.