Aspek percukaian antara cadangan dasar bantu PMKS dibawa mesyuarat Kabinet Isnin ini - Steven Sim

Steven Sim mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri itu untuk membincangkan hala tuju Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bagi tahun ini. - Foto Bernama
Steven Sim mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri itu untuk membincangkan hala tuju Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bagi tahun ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Aspek percukaian, pengurangan birokrasi dan penambahbaikan akses kepada modal merupakan antara cadangan dasar yang akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri Isnin ini untuk pertimbangan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong berkata, cadangan itu yang bertujuan membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) telah dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Cadangan ini memerlukan kerjasama rentas kementerian dan akan dibawa ke mesyuarat Kabinet pada Isnin depan.

"Terima kasih YAB PMX atas kepercayaan. Kita hebatkan perniagaan Malaysia!," katanya dalam hantaran di laman Facebook.

Terdahulu, beliau berkata, pertemuan dengan Perdana Menteri itu diadakan untuk membincangkan hala tuju Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bagi tahun ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Aspek percukaian, pengurangan birokrasi dan penambahbaikan akses kepada modal akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri
  • Cadangan itu bertujuan membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana
  • Cadangan telah dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • Cadangan berkenaan memerlukan kerjasama rentas kementerian
  • Pertemuan dengan Perdana Menteri adalah untuk membincangkan hala tuju Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bagi tahun ini

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!