Teres dua tingkat bermula RM350,000

A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri akan membina sebanyak 130 unit rumah teres dua tingkat dibawah projek kediaman komersial di Kampung Bukit Bayas.

Projek dibawah Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) itu akan melibatkan 55 unit rumah bagi pembinaan di bawah fasa pertama yang akan bermula Mac depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, projek bagi fasa pertama itu dijangka siap pada 2021.

"Projek ini akan melalui beberapa fasa. Bagi fasa pertama ia dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

"Projek ini juga dibangunkan diatas kawasan tanah yang bebas daripada risiko bencana banjir," katanya ketika ditemui di lokasi projek, hari ini.

Artikel Berkaitan: