X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 24 Mei 2022

Bukan lari daripada serbuan tapi panik loceng kebakaran

Tular video di media sosial mendakwa sekumpulan pekerja kilang melarikan diri daripada serbuan pihak berkuasa.
A
A

SHAH ALAM - Video tular mendakwa sekumpulan pekerja sebuah kilang di Seksyen 22 yang melarikan diri daripada serbuan tidak benar sebaliknya situasi berkenaan berlaku disebabkan pekerja terbabit panik akibat bunyi siren yang berpanjangan di kilang tersebut pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya mengesahkan kejadian dipercayai berlaku antara jam 4.30 hingga 5 petang itu bukan kerana operasi atau serbuan pihak penguatkuasa.

"Siasatan awal dijalankan mendapati berlaku kegagalan fungsi 'alarm' kebakaran, dan difahamkan pihak syarikat dalam proses pemeriksaan sistem pendawaian, bunyi 'alarm' menyebabkan ramai pekerja jadi panik dan lari keluar takut ada kebakaran.

"Kilang ini difahamkan baru sahaja diambil alih oleh sebuah syarikat, memandangkan syarikat ini masih baru iaitu lebih kurang sebulan ramai pekerja dan pengurusan belum di dedahkan dengan ilmu latihan kebakaran seperti tempat berhimpun dan 'evacuatian plan'," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Pada Selasa, tular di media sosial video memaparkan sekumpulan pekerja kilang memanjat pagar sebuah kilang.

Rata-rata netizen mendakwa situasi tersebut berlaku disebabkan adanya serbuan pihak berkuasa di kilang terbabit.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!