Trump tangguh kenaikan duti import produk China

Trump bertemu Timbalan Perdana Menteri, Liu He di Rumah Putih pada Jumaat lalu
Trump bertemu Timbalan Perdana Menteri, Liu He di Rumah Putih pada Jumaat lalu
A
A
A

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, semalam mengumumkan Washington akan menangguhkan langkah mengenakan tarif perdagangan terhadap produk China.

Kenaikan duti import daripada 10 peratus kepada 25 peratus itu akan berkuatkuasa pada 1 Mac ini.

Keputusan itu dibuat selepas jutawan hartanah terbabit mendakwa rundingan perdagangan antara AS dan China telah membawa kemajuan besar.

Jelas Trump, beliau juga merancang sidang kemuncak bersama Presiden China, Xi Jinping di Florida untuk menyusun perjanjian perdagangan jika lebih banyak kemajuan dibuat.

Sementara itu, agensi berita Xinhua turut melaporkan perbincangan terhadap beberapa isu seperti pemindahan teknologi, perlindungan harta intelek dan pertanian juga menunjukkan perkembangan memberangsangkan.

Penangguhan kenaikan tarif ke atas barangan China bernilai AS$200 bilion (RM814 bilion) dilihat sebagai tanda positif selepas kedua-dua belah pihak berunding untuk menyelesaikan perang perdagangan tersebut.

Pasaran saham di Asia yang sensitif terhadap pertikaian itu turut melonjak pada Isnin.

Minggu lalu, Trump mengesahkan perkembangan positif termasuk perjanjian manipulasi mata wang dalam pusingan rundingan terbaharu itu yang berlangsung di Washington.

Artikel Berkaitan:

Perang perdagangan antara dua negara itu telah mengganggu perniagaan dan mencetuskan kebimbangan terhadap impaknya ke atas ekonomi global. - BBC